Monday 4 March 2013

Pantun dua rangkap ini menceritakan mengenai villa sentosa yang begitu menarik untuk dikunjung. Biasanya Villa Sentosa adalah satu rumah yang wajib dikunjungi oleh para pengunjung kerana keunikan dan barangan antik yang berada di dalam rumah ini. Para pengungjung juga diberi penerangan dan info yang menarik oleh tuan rumah itu sendiri iaitu Encik Ibrahim. 

Hati tergerak untuk menyinggah,
Villa Sentosa di Melaka Bandaraya Bersejarah.

Kampung Morten bukan pedalaman,
Di pinggir bandaraya itulah letak laman.


Bagai memanggil kalbu digamit,
Khazanah datuk nenek untuk diulit.

Tembikar, kamera, perabot antik,
Masih tersimpan dijaga cantik.


Jika ingin menjejak ke teratak,
Di pinggir sungai villa terletak.



Rumah Melaka rumah limas,
Berada di dalamnya tidaklah lemas.



Udara berlegar kemas peredaran,
Biarpun tanpa air-cond penyejuk badan.



Rumah arwah datuk rumah peninggalan,
Dititip kepada Encik Ibrahim pewaris budiman.



Pelosok dunia datang berkunjung,
Ucapan tahniah tinggi menyanjung.



Khazanah merata dunia masih disimpan,
Buat tatapan anak cucu di masa hadapan.



Ceritera nendanya 'Demang' sewaktu dahulu,
Penghulu kepada segala yang bergelar penghulu.



Ayahandanya seangkatan Tunku Abdul Rahman,
Ketika hayat magistret itulah jawatan.



Mulut ramah tak henti berhikayat,
Curahan ilmu pelbagai maklumat



Pantun ini diambil dari salah satu blog iaitu minda kreatif.