Sejarah Kg. Morten


Kampung Morten adalah sebuah Kampung Melayu yang terletak ditengah-tengah bandar Melaka dan mempunyai keluasan seluas 12 ekar. Kampung ini dihuni oleh lebih kurang 600 orang penduduk yang berbangsa melayu. Sehingga kini terdapat 98 lot tanah sementara, sebuah surau dan balairaya telah didirikan untuk kemudahan penduduk Kampung Morten.

Kampung ini telah diterokai oleh Datuk Othman Md. Nor pada tahun 1922, yang kemudiannya telah dilantik menjadi Ketua Kampung secra rasmi semasa penubuhan Lembaga Kampung pada tahun 1922. Penduduk asalnya dari Kampung Jawa yang teraksa berpindah kerana pelaksanaan pembangunan yang ketika itu dipenuhi dengan hutan bakau dan nipah.

Walaubagaimanapun mereka tidak mempunyai wang untuk membeli tanah tersebut yang pada masa itu dimiliki oleh Abdullah Maarof dan Pak Khalil. Maka salah seorang penduduk telah berjumpa dan meminjam wang daripada Pegawai Daerah iaitu J.F.Morten setelah tuan tanah bersetuju untuk menjual dengan harga RM10000.

Dalam perjumpaan semasa penubuhan lembaga itu, satu perbincangan telah diadakan untuk memberi nama pada kampung baru yang belum bernama itu. Nama-nama yang dicadangkan ialah Kampung Bunga, Kampung Tanjung Bunga dan Kampung Morten. Suara terbanyak memilih nama 'Kampung Morten' yang telah dicadangkan olek Datuk Othman Md. Nor sendiri dengan alasan bahawa ianya diambil sempena nama J.F.Morten sebagai mengenang jasa dan usahanyayang bersungguh-sungguh sehingga terbinanya Kampung Morten dan ianya berkekalan sehingga sekarang. Dalam perjumpaan itu juga, tga lorong dikawasan Kampung Morten telah dinamakan dengan nama Jalan Dato' Othman untuk Lorong Satu, Jalan Dato' Hamid untuk Lorong Dua dan Lorong Tiga dinamakan Jalan Sidang Said.

Bagaimanapun disamping nama rasminya, Kampung Morten turut disebut dengan nama Kampung Baru dan kekal sehingga kini.

#sumber informasi dari PERZIM Melaka.